
Bertarikh 23 Mac 2022, harini merupakan hari Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215.
Sambutan ini berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, sambut secara ringkas dan sederhana dalam mod pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir sebagai tetamu kehormat utama dalam sambutan kali ini yang mengekalkan tema sama ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
Walaupun secara praktikalnya seluruh pasukan dikerahkan untuk penempatan OP COVID-19 semasa penularan virus itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan bahawa PDRM berdedikasi untuk mengimbangi keutamaan perkhidmatan membanteras jenayah.
Mengulas lanjut, katanya, ia terbukti apabila jenayah indeks bagi tempoh Januari dan Februari tahun ini menurun kepada 8,484 kes berbanding 9,773 dalam tempoh yang sama tahun lalu.
“Selain itu, saya dimaklumkan bahawa jenayah indeks bagi tahun 2021 juga menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020.“
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan itu dan lebih membanggakan, PDRM tetap komited dalam mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dalam keadaan COVID-19,” katanya dalam ucapan perbarisan sambutan peringatan Hari Polis ke-215, di Dataran Kawad PULAPOL, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Sementara itu, Perdana Menteri meminta semua keluarga Malaysia bekerjasama dengan PDRM untuk mengurangkan jenayah dan menentang tindakan mereka yang cuba menggugat kedaulatan dan ketenteraman awam negara.
Beliau menyatakan bahawa tugas mengekalkan keamanan negara tidak seharusnya diletakkan hanya di bahu pasukan keselamatan seperti PDRM.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/