
Sam Ke Ting, 27, dipenjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu.
Johor Bahru: Kerani wanita, Sam Ke Ting, memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi, semalam.
Rayuan itu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak.
Peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, notis usul kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman itu difailkan hari ini menerusi sistem e-filing mahkamah.
Beliau berkata, pihaknya turut memfailkan sijil segera bagi mempercepatkan pendengaran rayuan kes itu.
“Notis usul kebenaran merayu dan perakuan segera telah difailkan hari ini melalui sistem e-filing.”
Semalam, Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober yang mengekalkan keputusan membebaskan Sam dan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menunggang basikal lajak, lima tahun lalu.
Sam (27) turut diperintah menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda dan hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas tamat hukuman penjara.

Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Abu Bakar dari Qatar semasa keputusan rayuan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Abu Bakar dalam keputusannya berkata, perbuatan responden yang memandu secara melulu atau berbahaya menyebabkan kehilangan nyawa malah kesalahan yang dilakukan oleh responden adalah kesalahan berat.
Dalam tragedi berdarah yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam di sini, pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017, lapan remaja menaiki basikal lajak terkorban dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedera dirempuh kereta suspek.
Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli (14), Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie (14), Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar (16), Fauzan Halmijan (13), Mohamad Azhar Amir (16), Muhammad Harith Iskandar Abdullah (14), Muhammad Shahrul Nizam Marudin (14) dan Haizad Kasrin (16).
Ikuti perkembangan terkini dan info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/