
Sumber foto: Malaysiakini
Suatu ketika dahulu, UMNO melalui era penjenamaan iaitu melakukan perubahan sebagai remaja dari parti lama.
Penjenamaan itu dilakukan untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai parti keramat itu dan proses itu perlahan-lahan terhenti.
Hari ini apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih popular dengan panggilan Tok Mat berkata, UMNO perlu lebih kontemporari kerana ia sudah lama senja.
Kata-kata Tok Mat Hassan itu memang berdasarkan perspektifnya di mana parti itu dilihat semakin senja.
Oleh itu, adalah perlu untuk berusaha menjadikan UMNO lebih kontemporari dan berdaya saing selain kekal relevan.

“Mahu atau tidak, UMNO di luar sana dilihat semakin tua. Nampaknya kita tidak lagi sesuai dengan zaman.
Pada pandangan ramai, kita jauh tersasar daripada imaginasi generasi pascamoden Malaysia, apatah lagi kemajuan zaman.”
Tok Mat Hassan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana Aspirasi UMNO “Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran” di Auditorium Menara Dato Onn.
Menurut Tok Mat, UMNO perlu berazam dan menjadikan parti itu lebih kontemporari berdasarkan idea terbaik.
Tambahnya, wacana seperti hari ini adalah permulaan untuk parti itu mendengar pandangan semua pihak agar tidak menjadi parti yang “rigid”.
Namun, pandangan baik yang diutarakan atau dicadangkan oleh Tok Mat Hassan, tiada siapa yang patut dihukum kerana mampu melaksanakan perubahan.
Anak muda dalam parti yang lantang bersuara, kini takut dibuang daripada ahli parti.
Contoh sudah ada dan tidak perlu lakar nama si gerangan
Dalam parti itu sendiri, perubahan ke arah yang lebih kontemporari bukan sahaja di atas angin tetapi dilaksanakan sepenuhnya.
Kalau ada ahli yang bertungkus lumus, ke sana ke mari untuk memenangkan parti atau calon UMNO yang bertanding, jangan dibunuh.
Jika individu itu lantang bersuara dan lantang memperjuangkan parti, jangan sindir atau tidak senang dengan senario tersebut.
Dari situ, jika UMNO lebih terbuka, perjuangan parti akan menjadi kesinambungan kepada generasi muda dan generasi akan datang.
Tua biar berisi, tua biar berakal, tua jangan takut pada bayang sendiri.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/