
Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Katanya Ahli Parlimen Ampang itu, ia sekaligus meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Walau bagaimanapun, Astro Awani melaporkan bahawa beliau tetap menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.”
Tambahnya, beliau juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM bagi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia, beliau juga menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap Perdana Menteri.
Katanya lagi, keputusan untuk beralih ke PBM itu dibuat selepas sudah membuat pertimbangan yang mendalam.
“Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya, iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebah negara maju.”
Untuk rekod, PBM dilancarkan pada 21 Disember tahun lepas, ia diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, buat masa kini parti itu mempunyai tiga Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/