
Kuala Lumpur: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya yang layak secara merit untuk beraksi pada Piala Asia 2023 tahun depan.
Ia selepas skuad kendalian Kim Pan-gon itu menewaskan Bangladesh 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan E kempen kelayakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun.
Zulkifli yang juga Ahli Dewan Negara menerusi status terkini di akaun media sosialnya berharap skuad Harimau Malaya terus bersemangat meraikan bola sepak negara.
“Alhamdulillah terima kasih dan tahniah #HarimauMalaya juga Ekor Harimau #um07 atas kemenangan besar ke atas pasukan Bangladesh.
“Teruskan semangat menaikkan martabat bola sepak negara ke tahap terbaik. Semoga berjaya kepada Harimau Malaya.”
Malaysia memenangi salah satu slot naib juara terbaik dan akan bersaing dengan 23 pasukan terbaik di benua itu yang difahamkan akan berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan, atau Australia pada pertengahan tahun depan.
Kali terakhir skuad negara beraksi di peringkat tertinggi ialah pada 1980 di Kuwait.
Selepas melepasi peringkat kelayakan secara merit, walaupun 2007 telah menerima tiket untuk menjadi tuan rumah kejohanan dengan Thailand, Vietnam, dan Indonesia.
Senarai 24 pasukan yang layak ke Piala Asia
Berikut adalah 24 pasukan yang layak ke Piala Asia 2023:
- Jepun
- Syria
- Qatar
- Korea Selatan
- Australia
- Iran
- Arab Saudi
- Emiriah Arab Bersatu
- China
- Iraq
- Oman
- Vietnam
- Lubnan
- Jordan
- Indonesia
- Palestin
- Uzbekistan
- Thailand
- India
- Hong Kong
- Bahrain
- Malaysia
- Tajikistan
- Kyrgyzstan
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/