
KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyediakan peruntukan Bantuan Pengajian Awal berjumlah RM160,000 kepada pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak kampus Kota Samarahan.
Seramai 160 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran kemasukan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di dua universiti berkenaan menerima bantuan itu.
Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin, berkata setiap pelajar menerima RM1,000 untuk persediaan kemasukan ke sesi pengajian yang baru dimulakan.
“Selain misi membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan, khususnya masyarakat miskin luar bandar dan bandar memberi peluang kepada mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Saya berharap inisiatif sebegini dapat mengurangkan beban ibu bapa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Program bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa dan pelajar sebelum menerima sebarang bantuan atau dana dalam menyambung pelajaran mereka.”
Terdahulu, beliau menyerahkan cek bantuan pengajian awal kepada Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Said, saya dan Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Datuk D.r Jamil Hamali pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian YBR di Kota Samarahan, Sarawak, hari ini .
Hadir sama, Pengurus Besar, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berharap lebih banyak agensi atau badan bukan kerajaan tampil mengikut jejak langkah mereka membantu golongan yang memerlukan khususnya masyarakat luar bandar.
“YBR juga amat mengalu-alukan bantuan seperti ini kerana sekurang-kurangnya pelajar kurang mendapat perhatian orang luar.
“Memberikan rasa teruja untuk membuat persiapan memasuki pengajian seperti mereka yang bertuah.”
Beliau berkata, bantuan permulaan itu juga diharap dapat melahirkan pelajar yang komited, berkualiti, mampan, berjiwa keusahawanan dan berdaya saing di semua peringkat. Serta berharap pelajar memanfaatkan setiap peluang yang disediakan.
Untuk rekod, seramai 3,277 pelajar yang mendapat faedah melalui bantuan awal pengajian YBR menerima peruntukan RM2.2 juta pada 2017.
Manakala untuk tahun ini, sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk bantuan sama.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/