
Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barang sudah pasti menjadi kebimbangan utama masyarakat kita.
Pada Ahad, tular satu resit pembelian di laman Facebook yang memaparkan harga upah potong ayam di sebuah kedai yang dianggap tidak masuk akal.
Berdasarkan foto yang dikongsi, pelangggan tersebut membeli udang putih seberat 1.27 kilogram (kg) dengan harga RM 44.63.
Selain itu, dia turut membeli seekor ayam segar seberat 4.06kg dengan harga RM36.18.
Apa yang mengejutkan, kedai tersebut menegenakan caj RM1 bagi setiap kilogram ayam yang dibeli pelanggannya.
Dalam resit itu, pelanggan tersebut dikenakan upah potong sebanyak RM4.06 untuk ayam seberat 4.06 kg yang dibelinya.
Berdasarkan maklumat pada resit, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor.
Menurut netizen, mereka terkejut dengan caj yang dikenakan dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas premis berkenaan.

Pada masa sama, beberapa netizen memberi cadangan agar pembeli memotong sendiri ayam di rumah untuk menjimatkan kos, justeru menyekat sikap tamak peniaga.
Selain itu, ada yang merasakan wajar dikenakan caj itu memandangkan peniaga ayam berada dalam keadaan tersepit dalam situasi ekonomi hari ini.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/