
PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Jabatan Meteorologi berkata, ribut petir dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Cuaca buruk turut diramalkan berlaku Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, selain Cameron Highlands, Lipis dan Bentong di Pahang.
Turut berada dalam senarai amaran itu ialah Port Dickson di Negeri Sembilan; Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor serta Melaka.
Amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada 9.55 pagi itu dijangka berlarutan sehingga 1 tengah hari ini.
Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/home
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/