
Setakat maklumat yang direkodkan dari Mac tahun lalu hingga Ogos kini, seramai 1517 pelajar telah kehilangan seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus Covid-19.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan rasa dukacita melihat jumlah tersebut dan menggesa supaya tindakan yang sewajarnya perlu dilakukan segera.
Lebih-lebih lagi dengan berita tentang pembukaan sekolah pada 3 Oktober nanti bagaimanakah agaknya nasib pelajar-pelajar ini.

Menurut KPM, sebuah pasukan khas Kebajikan Murid Guru telah ditubuhkan di peringkat kementerian untuk menyalurkan bantuan segera diberikan kepada pelajar-pelajar ini.
KPM memaklumkan pihaknya turut menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.
Antara bentuk bantuan yang disalurkan ialah bantuan wang, bantuan bekalan makanan, dan bantuan penempatan ke asrama bagi mereka yang layak.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my