
Pada 24 Ogos 2021 semalam, Perdana Menteri Ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melawat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hospital swasta.
Menurut makluman, Datuk Zahid Hamidi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk sedang menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang.
Kecedaran itu berlaku akibat Datuk Zahid Hamidi terjatuh dan berasa sakit apabila duduk terlalu lama.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkongsi kisah berkenaan lawatan itu di laman Facebooknya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan turut memuat naik kapsyen di posting Facebooknya mendoakan supaya Presiden UMNO itu sembuh dan kembali sihat dengan izin Allah.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my