
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia di bawah kempimpinan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Ke-9.
Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak Ke-13 dan Ke-12 itu telah diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah senaria nama jemaah Kabinet yang baru sahaja diumumkan hari ini, 27 Ogos 2021.
Ahamad Faizal menggantikan jawatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang Menteri Belia dan Sukan di bawah kempimpinan Perdana Menteri Ke-8, YB Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin.
Kini, Datuk Seri Reezal menyandang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Turut dikenali sebagai Peja, Ahmad Faizal yang merupakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyatakan rasa semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua kapasiti.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada DS Ahmad Faizal atas pelantikan sebagai Menteri Sukan dan Belia.
Selamat berkhidmat! – ikhlas daripada titiwangsatoday.com
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my