
Pada hari Isnin 30 Ogos 2021 yang lalu, bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Mohd Hashim bin Dandai telah meninggal dunia.
Allahyarham yang berusia 91 tahun meninggal dunia pada pukul 5:30 pagi di Hospital Gleneagles akibat Covid-19..
Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Negeri sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan pada 11.45 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Allayarham telah dimasukkan ke hospital sejak 18 Ogos 2021 yang lalu dan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 25 Ogos 2021.
Berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8, Allayarham banyak berbakti dalam menyebarkan kesusasteraan Islam secara luas.
Di samping itu, Allahyarham juga meningkatkan taraf sosio ekonomi dan pendidikan masyarakat.
Takziah dicuapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Tun Sakaran.
Semoga roh Allahyarham diampuni dan dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan para mukminin dan solihin.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my