
Pada hari Rabu 1 September 2021 semalam, mesyuarat Kabinet pertama telah diadakan buat pertama kali di bawah kepimpinan Perdana Menteri YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Mesyuarat Kabinet itu diadakan secara maya berikutan Ismail Sabri yang menjadi kontak rapat pesakit positif Covid-19.
Atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ismail Sabri kini perlu menjalani berkuarantin sendiri.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet alah tentang status terkini jangkitan Covid-19 di Malaysia dan usaha para jemaah Kabinet bagi membebaskan negara daripada wabak ini.
Selain itu, tempoh sepanjang 100 hari juga diperuntukkan bagi setiap menteri untuk membuktikan pencapaian mereka dalam menangani isu wabak Covid-19, kegawatan ekonomi, dan kekusutan politik di Malaysia.
Menerusi laman Facebook Ismail Sabri, beliau akan memastikan kabinet baharu ini akan mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my