
Pada umumnya mengetahui, pelitup muka atau mask, sangat penting untuk dipakai bagi menjaga SOP dalam mengamalkan norma baharu.
Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Riz meluahkan rasa sebak dan syukur apabila pelitup muka keluaran syarikatnya telah terjual sebanyak 200,000 helai dalam masa tiga jam yang dilancarkan semalam.
Ia juga turut tidak menyangka “Face Mask Nun Ha” itu mendapat sambutan luar biasa daripada pembeli.
“Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan sambutan begini menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam lepas dah habis ditempah dan sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tapi dah habis dibooking. Tapi jangan bimbang, kita dalam usaha untuk menambah stok,” katanya.

Menariknya, pelitup muka ni mempunyai kelebihan iaitu empat lapisan berbanding yang dijual di pasaran.
Tambahnya lagi, pihaknya sedang merancang untuk menambah beberapa koleksi warna. wow, excitednya!
Korang jangan lepaskan peluang tau untuk beli. Support our local product gittew.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my