
Family Mart Mini atau mesin layan diri (vending machine) Family Mart kini telah muncul buat pertama kali di Malaysia.
Mesin layan diri Family Mart itu ditempatkan di Shell Karak Highway 2 beralamat di PT 5946, Lebuhraya Karak, 68100, Selangor.
Pelbagai pilihan aneka makanan menarik Family Mart seperti sandwic, puding, roti, dan banyak lagi kini boleh didapati dengan mudah tanpa memerlukan interaksi manusia dan juga wang tunai.
Bukan sahaja aneka makanan malah minuman-minuman terkenal family mart seperti susu, minuman yogurt, dan latte juga turut disediakan.
Sebanyak dua buah mesin layan diri Family Mart Mini – Smart Kiosk ditempatkan di Shell Karak Highway 2 bagi para peminat Family Mart.

Kedua-dua buah mesin Family Mart Mini – Smart Kiosk beroperasi selama 24 jam dan menggunakan sistem pembayaran tanpa wang tunai.
Pembayaran yang diterima hanyalah menggunakan kad kredit atau debit serta pembayaran melalui e-wallet.
Family Mart juga telah mengumumkan yang pihak mereka akan membuka lebih banyak lagi mesin layan diri di seluruh Malaysia untuk para peminat Family Mart.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my