
Mempunyai sebanyak 2.6 juta pengikut di Instagram, Renat Agzamov yang merupakan bekas juara tinju di Rusia kini cermat dan mahir dalam bidang pastri dan membuat kek-kek gergasi.
Beliau telah berjaya membuat kek istana setinggi empat kaki yang bernilai $310,000 bersamaan lebih daripada RM 1 juta.
Kek yang dibuat oleh renat Agzamov itu dikatakan seperti replika istana terkenal di Germany iaitu Istana Zwinger atau The Zwinger Castle.
Renat Agzamov telah lama berminat membuat kek dan beliau sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang pastri.
Telah membuat lebih daripada 2,700 kek, beliau bermula daripada bawah dengan bekerja tanpa gaji di sebuah kafe demi ilmu dan kemahiran membuat kek.
Usaha dan penat lelahnya kini telah membuahkan hasil apabila beliau mampu membuat pelbagai jenis kek dan kek gergasi yang nilainya mencecah lebih RM 1 juta.

Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my