
Kesedaran tentang kepentingan kitar semula barangan masih lagi rendah di kalangan masyarakat Malaysia.
Selain dapat mengurangkan aktiviti pencemaran alam sekitar seperti pembakaran terbuka dan pembuangan sisa minyak ke dalam sungai, orang ramai boleh menjana pendapatan dengan amalan kitar semula.
Orang ramai yang terjejas pendapatan akibat pandemik boleh juga membuat pendapatan sampingan dengan menjual barangan terpakai.
Namun, ramai yang masih belum tahu tentang perkhidmatan yang disediakan pihak syarikat pembeli barangan yang tidak digunakan lagi.
Ini adalah maklumat dan lokasi untuk orang ramai yang ingin menjana pendapatan dengan menjual barangan terpakai:-
1. Minyak Masak Terpakai
Jika ada minyak masak yang lebih, sebaiknya jangan dibuang kerana anda boleh menjualnya di kedai yang membeli minyak tersebut.
Namun, harga tersebut adalah lain mengikut kedai-kedai dan harga munking boleh berubah dari semasa ke semasa.
Ini adalah lokasi yang orang ramai boleh jual:-
Kuala Lumpur
- Alam Flora Buy Back Center, Jalan Bunus
- Gateweld Sdn Bhd, Taman Setapak
- Syarikat Dinar, Jalan Gombak
- Thanam Industry Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin
Putrajaya
Selangor
- Pusat Kitar Semula Seksyen 17 Shah Alam
- Pusat Kitar Semula SS17 Subang Jaya
- Pusat Kitar Tasik Serdang Ria
- Cyberjaya Recycling Centre
- Fathopes Energy Sdn Bhd, Kampung Subang Baru
- Big Tree Waste Disposal Sdn Bhd, Cheras
- Pusat Biomas Bersepadu MPSJ, Puchong
Perak
Pulau Pinang
- Fatbusta Asia Pacific Sdn. Bhd. , Simpang Ampat
- Sustainable Biofuels Malaysia Sdn. Bhd. , Simpang Ampat
Kedah
- Pusat Komuniti Lestari Taman Tunku Sarina (Green Community Centre), Jitra
- SP Recycle Industry, Sungai Petani
- TRASH4CASH, Alor Setar
- Engineered Products & Services Sdn. Bhd., Kulim
Perlis
Kelantan
- Facebook – Pembeli Minyak Masak Terpakai Kota Bharu
- Facebook – Minyak MASAK Terpakai Kelantan, Kok Lanas
Terengganu
Pahang
- Alam Flora Sdn Bhd, Tanah Rata
- Hiap Huat Chemicals Sdn Bhd, Bentong
- PT Waste Recycling Industry, Kuantan
Johor
- Pembeli Minyak Masak Terpakai – MGI
- Agricode Green Sdn. Bhd., Senai
- Five Star Recycle (Kluang) Sdn Bhd
- Chemalaya Sdn Bhd, Tanjung Langsat, Pasir Gudang
Melaka
Negeri Sembilan
- Kualiti Alam Sdn. Bhd., Port Dickson
- Skubai Trading, Pajam
- EGA Recycling Sdn. Bhd, Nilai
- EcoOils (Negeri Sembilan) Sdn. Bhd
Sabah
Sarawak
- E-Concern (M) Sdn Bhd, Miri
- Kuching Intregrated Waste Management Park (KIWMP), Kuching
- Preserve Green Recycle, Kuching
Labuan
2. Trash4cash
Jika anda mempunyai barangan jenis kitar semula yang tidak digunakan, seeloknya tidak dibuang.
Hal ini kerana anda boleh memperoleh wang dengan menyerah barang yang dikitar semula ke syarikat pembeli.
Kini anda boleh mengitar semula barang tanpa pergi ke lokasi berkenaan kerana terdapat syarikat pembeli yang akan mengambilnya di rumah anda.
Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Trash4Cash di telefon untuk mengetahui lebih lanjut tentang lokasi dan harga yang ditawarkan.
Trak Trash4Cash akan pergi ke kediaman anda untuk mengangkut barangan anda.
Walaubagaimanapun, Trash4Cash ini tidak boleh digunakan di seluruh Malaysia, hanya negeri ini yang menggunakan perkhidmatan ini:-
- Perak
- Penang
- Kedah
- Perlis
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
3. Alam Flora
Alam Flora merupakan syarikat pengurusan sisa pepejal.
Syarikat ini telah menawarkan untuk menukarkan barangan kitar semula dengan wang tunai menerusi 3R On Wheels dan Pusat pembelian barangan kitar semula berhampiran.
Jenis barang yang diterima adalah kertas, tin, aluminium, plastik, alat elektronik dan sisa minyak masak.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang harga yang ditawarkan, orang ramai boleh berkunjung di laman Facebook Alam Flora.
Ini adalah lokasi terletaknya Pusat pembelian barangan kitar semula Alam Flora:-
Jalan Lorong Bunus 6, Kuala Lumpur
Lokasi rujukan: Berhadapan Plaza City One
Waktu operasi:
Isnin, Rabu dan Sabtu (11.00am – 4.00pm)
BBC Presint 9, Putrajaya
Lokasi rujukan: Berdekatan stesen minyak Petronas Presint 9
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (setiap hari)
BBC Presint 8, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 8
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu dan Ahad)
BBC Presint 11, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 11
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu)
BBC Presint 14, Putrajaya
Lokasi rujukan: Depot bas Presint 14, berhadapan pusat komersial Presint 15
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Ahad)
BBC Presint 16, Putrajaya
Lokasi rujukan: Kawasan pasar Presint 16
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu)
BBC Presint 18, Putrajaya
Lokasi rujukan: 1 Malaysia Futsal
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Ahad)
Cyberjaya Recycling Centre
Lokasi rujukan: Park & Ride Cyberjaya
Waktu operasi:
9.30am – 4.30pm (Isnin, Rabu dan Jumaat)
Tutup pada cuti umum.
Mobile Recycling Centres
Presint 16
Lokasi rujukan: Apartment Presint 16
Waktu operasi:
9am – 12pm (Sabtu)
Presint 11A1/1
Lokasi rujukan: Kawasan perumahan
Waktu operasi:
2pm – 5pm (Sabtu)
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my