
Memang stres kalau segala makanan asyik dihurung semut. Terus terbantut selera nak makan.
Bukan setakat makanan manis saja yang semut suka. Dalam bekas air kosong juga selalu dijumpai. Tak tahulah secara sengaja atau ‘tersesat’.
1. Cuka

Cuka adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.
Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol spray kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.
Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
2. Kayu manis dan cengkih

Antara petua halau semut dalam bekas gula yang paling popular dan lazim dipraktikkan adalah dengan menggunakan cengkih.
Cuma letakkan beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas gula yang dimasuki semut tadi. Kemudian, tutupkan bekas sedikit supaya baunya lebih kuat dan menghalau semut.
Tapi, jangan tutup rapat sangat kerana nanti semut tak boleh keluar pula. Kalau tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu manis.
Kedua-dua rempah ini bukan saja menghalau semut, tetapi turut memberi aroma yang enak kepada gula anda. Tapi, jangan risau kerana ia tidak mengubah rasa gula tersebut.
3. Serbuk kopi

Taburkan serbuk kopi di tempat di mana semut berkumpul atau bersarang. Serbuk kopi juga sesuai digunakan pada tanaman yang diserang semut kerana ianya tidak membahayakan tanaman.
Semut akan pergi meninggalkan kawasan taburan serbuk kopi kerana tidak tahan dengan bau aromanya yang kuat.
4. Soda bikarbonat

Soda bikarbonat bukan sahaja bahan penting dalam membakar kek, roti, dan biskut, malah ia juga berguna untuk menghalau semut yang mengganggu ketenteraman dapur anda.
Soda bikarbonat telah digunakan sebagai salah satu petua meghalau semut yang berkesan sejak dulu lagi.
Caranya agak mudah. Anda hanya perlu menabur soda bikarbonat di kawasan laluan semut dan ia akan menghalang semut daripada datang lagi.
5. Daun sireh

Daun sireh mempunyai bau yang kuat dan agak tidak menyenankan juga baunya agak pedas.
Terdapat dua cara untuk menghalau semut dengan menggunakan daun sireh iaitu:
1. Racik daun sireh kecil-kecil dan masukkan dalam bekas. Letak di kawasan yang selalu dihurung semut.
2. Masukkan daun sireh ke dalam air, ramas sehingga baunya mesra dengan air. Rendam dalam 30 minit. Masukkan air tadi ke dalam botol spray dan sembur kawasan yang menjadi laluan dan tempat hurungan semut.
6. Air lada
Simpan air lada ke dalam sebuah botol spray dan semburkan di laluan semut. Atau boleh juga letakkan beberapa tangkai cili kering di sekitar laluan semut atau dalam bekas yang ada semut.
3. Letak bekas gula tepi dapur gas
Letakkan bekas yang dihurung semut berhampiran dengan dapur gas yang dinyalakan.
Sambil-sambil masak nanti, bekas akan menjadi panas dan semut pun akan lari. Tapi, jangan pula letak direct atas api ya, tak baik dibunuh semut-semut itu.
Lagipun, kalau semut mati dalam bekas gula, bertambah susah kita nak keluarkannya nanti.
8. Kulit lemon / oren

Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.
Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda.
9. Daun pandan

Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan juga akan bertambah harum dengan aroma daun pandan.
Jangan lupa mengaplikasikan petua halau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.
Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.
Selamat mencuba!