
Musim wabak Covid-19 yang semakin ‘menggila’ ini telah mengakibatkan sesetangah individu hilang punca pendapatan.
Hal ini berlaku kerana tidak semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi akibat kes yang semakin tinggi.
Disebabkan itu, ramai sektor atau peniaga-peniaga kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat bertahan untuk bayar sewa.
Satu posting yang tular di Facebook baru-baru ini, yang dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor iaitu sepasang suami isteri nekad untuk bawa bayinya rentas negeri akibat tekanan hidup yang telah mencuri tumpuan netizen.

Menerusi posting tersebut, dipercayai bahawa keluarga itu berasal dari dari Kuala Kurau, Perak.
Mereka nekad menunggang motosikal dengan membawa bayi lelaki yang berusia 6 bulan itu untuk rentas sejauh 200 kilometer ke Selangor akibat kesempitan hidup.
“Anaknya yang berusia enam bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motor dari Perak ke Selangor,” kata Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor.
Berdasarkan rekod yang ada, pasangan suami isteri ini tersenarai dalam penerima zakat Selangor. Tetapi, setelah berpindah ke Perak, bantuan itu ditamatkan serta merta.
Mereka kini menerima bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak.
Tambahahnya lagi, keluarga tersebut telah ditempatkan di sebuah hotel bajet buat sementara waktu dan mendapat bantuan kecemasan sebanyak RM500.
Semoga keluarga tersebut tabah dan dipermudahkan urusannya.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my