
Seorang pekerja dari Myanmar berumur 60 tahun telah jatuh dari tingkat enam dari satu platform tinggi berketinggian 15 meter semasa bekerja Ahad lepas pada 5 September 2021.
Memandang berat kepada kes itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah melakukan satu siasatan.
Difahamkan bahawa pada mulanya pekerja itu ditugaskan mengecat laluan besi di kilang berkenaan oleh majikannya sebelum tergelincir lalu jatuh.
Siasatan turut mendapati yang warga Myanmar tersebut tidak dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri yang bersesuaian sehingga menyebabkan dirinya maut ketika bekerja.
Kejadian itu berlaku di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Jalan Kapar, Klang.
Berikutan kejadian yang tragis itu, satu notis larangan serta merta (NOP) telah dikeluarkan oleh JKPP Selangor untuk menghentikan semua aktiviti pengubahsuaian dan menaik taraf kilang tersebut.
JKPP Selangor akan membuat tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati adanya pelanggaran di bawah dua Akta.
Dua Akta tersebut ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my