
Tular di Internet, program rancangan survival tarian Street Women Fighters yang diterbitkan oleh Mnet (akronim kepada Music Network) telah menggunakan remix azan di pembukaan rancangan itu.
Untuk makluman, Mnet merupakan sebuah saluran televisyen muzik Korea Selatan yang terkenal dengan rancangan-rancangan hiburan seperi M! Countdown.
Tindakan Mnet yang menggunakan remix azan di pembukaan episode ketiga Street Women Fighters disedari oleh ramai penonton Muslim yang mendengar pembukaan episod itu.
Sebelum ini, Mnet juga pernah dikaitkan dengan isu menggunakan pengambilan budaya (cultural appropriation) dan tradisi bangsa lain secara tidak sensitif.
Namun, tindakan Mnet yang membuat remix daripada azan yang merupakan syiar Islam untuk memanggil umatnya untuk menunaikan solat lima kali sehari itu sangat keterlaluan.
Ramai warganet berpendapat tindakan Mnet menggunakan azan sebagai remix untuk tujuan estetika rancangan itu melampau dan menggesa Mnet meminta maaf.
Antara usaha warganet untuk menggesa pihak Mnet untuk memohon maaf adalah dengan menggunakan tanda pagar #MnetApologize.
Setakat ini, Mnet telah mengisukan permohonan maaf secara rasmi melalui Instagram mnet_dance mereka dengan mengatakan bahawa remix azan tersebut merupakan soundtrack berdaftar yang sah di sebuah laman streaming.
Mnet juga berkata mereka tidak mempunyai niat tersembunyi dan akan memuat naik semula video Street Woman Fighter selepas menukarkan latar belakang remix azan itu kepada muzik lain.

Walaupun pihak Mnet telah membuat permohonan maaf, ramai warganet yang tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut.
Mereka merasakan permohonan maaf itu tidak ikhlas kerana hanya meminta maaf kerana menggunakan suara azan tersebut dan bukannya meminta maaf kepada komuniti Islam.
Warganet juga ramai berberpendapat yang Mnet sanggup mempersendakan syiar Islam itu hanya untuk tontonan (views) dan pengaruh (clout).
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my