
Dua streamer hebat yang terkenal dalam dunia gaming Soloz dan Daddy Hood telah berganding bahu bersama-sama Ustaz Ebit Lew untuk membantu para belia di Malaysia.
Terbaru, Ebit Lew memuat naik gambarnya bersama-sama Daddy Hood dan Soloz di laman Facebooknya yang memuji kedua-dua streamer lagenda sebagai jutawan muda yang menjadi masa depan negara.
Untuk makluman, Soloz atau nama sebenarnya Faris Zakaria yang berusia 27 tahun merupakan streamer Malaysia dengan pengikut terbanyak iaitu sebanyak 2.5 juta pengikut.
Daddy Hood atau nama sebenarnya Nureddy Nursal yang berusia 32 tahun pula merupakan pengasas organisasi e-sukan popular tanah air iaitu Team Bosskurr.
Sebelum ini, Daddy Hood telah memuat naik gambar bersama-sama Ebit lew di Instagramnya dengan kapsyen yang menyatakan bahawa beliau telah melibatkan diri dalam bidang dakwah Islamiah.

Melalui posting Ebit Lew, Daddy Hood dan Soloz yang merupakan idola anak-anak muda dan negara ingin berjuang di jalan Allah dengan berkongsi kebaikan mereka kepada semua.
Sama-sama kita doakan semoga usaha mereka dipermudahkan dan dapat menolong rakyat Malaysia yang sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my
Terbaik
👍