
PUTRAJAYA – Pada 10 September 2021 hari ini, sebuah pasukan daripada Pertubuhan Gabungan Gerakan Prihatin Malaysia (PGGPM) dengan kerjasama Yayasan Maghfirah telah turun padang di Surau Al-Mustaqim di Presint 14.
PGGPM, Yayasan Maghfirah, dan Surau Al-Mustaqim telah bekerjasama untuk memberikan sumbangan makanan kepada penduduk di sana.
Sebanyak 50 pek makanan yang terdiri daripada makanan-makanan asas seperti beras, telur, roti, minyak, serta gula telah diagihkan sebagai sumbangan.
Sesi penyerehan sumbangan ini turut dihadiri oleh pengerusi PGGM, Encik Azahari Ibrahim dan timbalan pengerusi PGGPM, Encik Anuar Zamani Mohd Nor serta setiausaha PGGPM, Encik Mohd Bokhari Abd Karim.
Pengagihan sumbangan tersebut diberikan kepada para penduduk yang tekesan akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Sumbangan diberikan oleh Encik Anuar diiringi oleh pengerusi Surau Al-Mustaqim, Ustaz Nazir.
Proses pengagihan sumbangan ini bermula kira-kira dari pukul 10:00 AM hingga 11:30 AM sebelum sesi solat Jumaat.
Saya dan rakan-rakan diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pengagihan sumbangan bersama-sama PGGPM, Yayasan Maghfirah, dan Surau Al-Mustaqim.

PGGPM dengan kerjasama Yayasan Maghfirah dan Surau Al-Mustaqim berharap dengan pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menceriakan mereka yang menerima sumbangan ini.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my