
Tular di media sosial baru-baru ini tentang kes di Pantai Morib, Banting dan Sungai Pisang, Gombak di mana kedua-dua destinasi ini mempunyai ramai pengunjung yang tidak menjaga Garis Panduan & Operasi Standard (SOP).
Pada 10 September 2021 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan peralihan Lembah Klang daripada Fasa1 kepada Fasa 2 melalui Pelan Pemulihan negara (PPN).
Untuk makluman, Fasa 2 mempunyai kelonggaran yang membolehkan rakyat merentas negeri antara Selangor, W.P Kuala Lumpur, dan W.P Putrajaya.
Ramai berpendapat, pelanggaran SOP oleh orang ramai di Pantai Morib dan Sungai Pisang berikutan pengumuman Fasa 2 kerana rakyat telah lama berkurung dan tidak dapat pergi ke mana-mana
Tik Tok di bawah menunjukkan keadaan di Pantai Morib di mana ramai orang awam berkumpul ramai-ramai tanpa penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.
Situasi ini sama seperti apa yang berlaku di air terjun Sungai Pisang seperti yang tular di Tik Tok di bawah dengan keadaan sesak dan ramai anak-anak kecil yang turut berkumpul bersama-sama keluarga mereka.
Lebih mengejutkan lagi seorang pengguna Twitter @JatIkhwan memaklumkan bahawa mereka yang datang ke air terjun Sungai Pisang tidak mempunyai permit.
Hal ini demikian kerana Sungai Pisang hanya mempunyai had daya untuk menampung 100 orang dalam tempoh seminggu bukannya sehari seperti yang dilihat dalam video Tik Tok di atas.
Setakat ini tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak kerana kebenaran telah diberikan oleh pihak kerajaan namun SOP masih gagal dipatuhi.
Lengkap dua dos vaksin juga bukan jaminan bagi seseorang itu kebal daripada virus Covid-19 dan menjadikan pandemik Covid-19 kepada endemik Covid-19.
Patuhilah SOP dan jagalah diri masing-masing serta orang lain di sekeliling kita. #KitaJagaKita
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my