
Menerusi laman media sosial TikTok, seorang pengguna @deddoff merakamkan video pembesar suara atau speaker jenama James Bullough Lansing (JBL) merah.
Yang menariknya, pembesar suara JBL miliknya yang bewarna merah dan berbentuk kotak merupakan pembesar suara bluetooth yang kalis air dan sabun.
Dalam video itu, dia kelihatan menuangkan sabun di atas speaker JBL yang bewarna merah dan sedang memainkan lagu yang berentak bass.

Kemudian, pengguna Russia itu merendamkan dan megocakkan speaker JBL merah itu di dalam air sebelum meletakkannya keluar.
Mencuit hati, dia cuba untuk membuka bahagian atas pembesar suara tersebut namun terjatuh ke dalam air namun masih boleh berfungsi.
Selepas itu, dia mengeluarkan pembesar suara yang tenggelam dalam air itu dan menunjukkanya ke kamera. Ramai warganet terpeun melihat speaker itu masih berfungsi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tambahan lagi, percikan air yang berada di atas pembesar suara itu seakan-akan bergerak mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Video TikTok yang menarik oleh pengguna @deddoff ini mendapat lebih daripada 126 juta tontonan dan kira-kira 12 juta tanda suka.
Difahamankan @deddoff merupakan seorang pengguna TikTok yang berbangsa Rusia. Dia sering memuat naik video menunjukkan kehebatan dan kecanggihan pembesar suara JBL.
Berikutan usahnya memuat naik kandungan atau content tentang pembersar suara JBL, dia telah memperolehi lebih daripada satu juta pengikut di TikTok.
Untuk makluman, harga bagi pembesar suara seperti yang terdapat dalam video TikTok itu versi asli atau original boleh mencecah lebih daripada RM100.

Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my