
Tular di TikTok rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna @kakakraptor yang memaparkan dua ekor ulat beluncas bewarna hijau yang montel.
“Wei gemuk comelnya,” katanya sambil memepelihatkan dua ekor ulat beluncas yang montel ke arah kamera. Kelihatan dalam video itu dia meletakkan kedua-dua ekor ulat beluncas hijau itu di telapak tangannya. Yang mengangumkan para warganet, dia juga membelai-belain ulat itu tanpa rasa geli atau takut.
Untuk makluman, nama sebenar pengguna @kakakraptor ialah Syazlin Hafisya. Dia merupakan seorang peajar Politeknik Seberang Perai yang merupakan pengumpul haiwan-haiwan eksotik. Antara haiwan-haiwan eksotik yang dimilikanya ialah iguana, musang, ferret, dan ular-ular spesis phython.

Nak berteman kerana anak tunggal.
Menurut video-video Tik Tok Syazlin, tujuannya membela haiwan-haiwan eksotik itu adalah kerana dia merupakan seorang anak tunggal. Kerana inginkan teman untuk bermain dan untuk menemaninya, dia mula membela haiwan-haiwan eksotik dan menajdikan aktiviti itu sebagai hobi.
Hobinya itu membolehkannya untuk berinteraksi dan memegang haiwan-haiwan eksotiknya tanpa rasa takut dan geli. Syazlin juga pernah menyelamatkan seekor gagak hitam yang terjatuh dalam longkang. Gagak itu dijumpai orang dan diberi kepada Syazlin untuk menjaga dan merawatnya.
Dia juga tidak kedekut mengkongsikan ilmunya tentang haiwan-haiwan eksotik di TikTok bagi mereka yang baru berjinak-jinak ingin membela haiwan eksotik.
Ulat halal dimakan?
Terbaharu, Syazlin memuat naik di TikToknya dengan kapsyen “ulat ni halal dimakan tau”. Dalam video itu, dia mengulang-ulang kapsyennya sendiri sambil memegang seekor ulat beluncas hijau montel.
Rupa-rupanya, ulat itu halal dimakan oleh iguana belaanya. Dalam video itu, dia menunjukkan iguananya memakan dua ekor ulat beluncas yang mana salah satu daripada ulat itu merupakan ulat beluncas hijau.

Ramai warganet yang ternyata terkejut namun dengan video TikToknya dimana dia mengatakan ulat beluncas halal dimakan. Mereka menyangkakan bahawa dia sendiri yang akan memakan ulat beluncas hijau itu.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my