
Di kawasan Gadek terdapat seorang veteran tentera mengkritik Pakatan Harapan (PH) kerana memberikan janji palsu.
Janji palsu yang dikatakan itu berkenaan dengan jumlah skim pencen yang akan diberikan kepada yang sudah bersara semasa PH memerintah.
Veteran tentera yang bernama Rasul bin Kecut itu mengatakan bahawa PH hanya pandai membuat pengumuman sahaja.
Kononnya akan memberikan kenaikan skim pencen tetapi hakikatnya apabila disemak, jumlah masih tidak berubah.

Rasul Kecut mengatakan bahawa semasa dia berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mengucapkan terima kasih.
Ucapan terima kasih itu diucapkan kerana pada zaman bekas perdana menteri itu memerintah terdapat banyak kebaikan yang diterima kepada golongan yang telah bersara.
Rasul Kecut menyatakan bahawa beliau merupakan seorang bekas askar yang telah berkhidmat dari tahun 1963 dan pencen pada tahun 1986.
Pada mulanya pencen yang diberikan kepada Rasul Kecut hanya berjumlah RM395 tetapi semasa Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah, pencennya meningkat menjadi RM820 kerana setiap tahun diumumkan kenaikan pencen sebanyak dua peratus.
Setelah Datuk Seri Najib Tun Razak tamat memerintah, Rasul Kecut menyatakan bahawa tiada lagi kenaikan pencen walaupun PH berjanji untuk memberikan kenaikan pencen.

Rasul Kecut pernah bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak di DUN Gadek yang sedang bersarapan bersama warga Padang Sebang sebelum meneruskan perjalanannya ke destinasi seterusnya.
Askar veteran tersebut menyatakan dirinya akan menyokong BN walau calon dari MIC.
“Undi saya hanyalah untuk BN tanpa kira calon dari parti mana,” – Rasul bin Kecut.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my