
Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah benar.
Mesyuarat 1MDB dengan wakil PetroSaudi International (PSI) di London pada Mei 2011 yang menunjukkan usaha sama 1MDB dengan PSI.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail, 57, berkata, mesyuarat itu berlangsung di sebuah bilik suite yang Najib menginap di Hotel Dorchester, London.
“Pada sesi lawatan tersebut, kami telah dibawa ke pejabat PSI dan makan tengah hari bersama dan seterusnya kami telah menghadiri mesyuarat dengan Datuk Seri Najib dan dua bekas pengarah PSI, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid di bilik suite itu”
Menurut Tan Sri Ismee, dia juga ternampak kelibat ahli perniagaan dala buruan iaitu Low Taek Jho or Jho Low di bilik suite tersebut.
Walau bagaimanapun, Jho Low difahamkan tidak turut serta dalam mesyuarat yang diadakan itu.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 billion milik 1MDB.

Ismee juga berkata, lawatan ke pejabat PSI itu diatur oleh pihak pengurusan 1MDB atas permintaan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin.
“Kehadiran Datuk Seri Najib pada mesyuarat di Hotel Dorchester itu menunjukkan usaha sama antara 1MDB dengan PSI adalah betul”, katanya.
Tambah Ismee, semasa mesyuarat diadakan, tiada sebarang agenda spesifik dibincangkan dan perjumpaan hanya mengenai pelaburan yang dijalankan antara PSI dan 1MDB secara umum sahaja.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/