
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, kerajaan mahukan harga perkhidmatan 5G yang akan diperkenalkan tidak lama lagi lebih murah berbanding perkhidmatan 4G.

Selain itu, beliau juga berkata sambil menegaskan bahawa harga perkhidmatan itu akan ditetapkan oleh kementerian dan bukan melalui Digital Nasional Berhad (DNB) atau syarikat telekomunikasi.
Bagaimanapun, kelulusan masih belum diberikan dan kemudahan 5G hanya akan dilancarkan selepas harga perkhidmatan itu diluluskan oleh kementerian.
“Banyak membuat andaian harga kepada spektrum kita guna pakai, tiga bentuk spektrum pada harga berbeza-beza. Saya tanya kepada DNB, harga itu sekitar RM6 bilion.
“Ada juga beri anggaran kepada saya, berdasarkan harga lelongan dibuat di sesetengah negara, harganya boleh sampai RM15 bilion. Isunya, kalau kita buat lelongan atau pendekatan borong spektrum, harga yang dibayar itu akan disalur kepada pengguna.
“Lebih tinggi harga yang diambil, lebih mahal pula caj dikenakan kepada pengguna sedangkan matlamat kerajaan nak pastikan, sebolehnya, walaupun 5G diperkenalkan, harganya boleh dikatakan lebih murah daripada 4G. Itu sasarannya,” – Tan Sri Annuar Musa.
Kata-kata beliau itu didengar pada Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat hari ini.

Ahad lepas, DNB menjelaskan perbincangan berkenaan pelancaran 5G negara itu sedang berlangsung dengan syarikat telekomunikasi di bawah pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Manakala pada Sabtu, DNB memberikan satu kenyataan bahawa maklum balas syarikat telekomunikasi telah diambil kira dalam pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara.
Tambahan lagi, kenyataan daripada Penyedia tunggal perkhidmatan borong 5G negara menyatakan syarikat telah memasukkan maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mengenai bidang berkiat dengan reka bentuk dan pelaksanaan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G miliknya.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my