
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 183 aduan dan 81 maklumat mengenai penjualan produk Ivermectin yang tidak berdaftar
Ivermectin ialah produk yang digunakan sebagai rawatan atau pencegahan COVID-19 sepanjang 2020 hingga 12 Okt lepas.
Produk ini juga pernah menjadi isu oleh pihak Doktor yang kurang bersetuju dengan penggunaan untuk Covid-19.
Menerusi laman sesawang Parlimen, sebanyak 43 premis diserbu dan 17 premis dilakukan pemeriksaan pada tahun ini dengan nilai rampasan berjumlah RM124,815.
Pada tahun lepas sebanyak 17 premis telah diserbu dengan nilai rampasan berjumlah RM7,193.
KKM juga akan terus mempertingkatkan pemantaun tentang penjualan produk yang tidak berdaftar ini.

Tujuan kementerian menerang mengenai Ivermectin ini adalah untuk menjawab pertanyaan ahli politik yang lain.
Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang bertanya kepada pihak kementerian tentang isu ivermectin kerana beliau ingin tahu tentang usaha kerajaan dalam mengekang isu penjualan produk Ivermectin.
KKM juga ada memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengarahkan pihak terlibat untuk memberhentikan pengiklanan penjualan produk tersebut di media sosial.
Penjualan produk tidak berdaftar yang semakin berleluasa itu amat merisaukan pihak KKM kerana risau akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pengguna.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/