
Istilah keluar dan juga lompat dari parti merupakan perkara biasa.
Baru-baru ini sebahagian daripada ahli Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) telah membuat keputusan untuk keluar dari parti mereka serta menyertai UMNO. Di dalam majlis berasingan yang telah diadakan di Melaka itu, seramai 95 ahli Bersatu Kampung Bertam Hulu mengumumkan keluar parti itu serta-merta.
Menurut Rosjihan Abdul Rahman, 62 tahun, yang sebelum ini merupakan Pengerusi Tetap Bersatu cawangan itu mengambil sedemikian kerana mereka sendiri sudah kecewa dengan kepimpinan sekarang.

Menurut beliau lagi, dirinya itu ikhlas untuk keluar daripada Bersatu disebabkan tiada lagi kejujuran dalam segala aspek pentadbiran Kampung Bertam Hulu, Baginya, parti tersebut bukan untuk penduduk tapi kepentingan (pemimpin) diri sendiri untuk berada di atas
Akhirnya, beliau membuat kueputusan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan seramai 500 ahli Bersatu di empat PDM di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu didakwa melakukan tindakan sama

Mereka kesemuanya terdiri daripada ahli Bersatu di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu.
Menurut bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Pasir Puteh, Huslan Naim tindakan itu diambil selepas kesemua mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri dan Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya.
“Sikap pilih kasih ini menyebabkan kami tidak tidak puas dengan kepimpinan Bersatu termasuk Ketua Bahagian, Mohd Azrudin Md Idris yang merupakan calon PN DUN Pengkalan Batu.”
Dengan itu, kami tekad dengan seramai 500 ahli mengisytiharkan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta,” -laporan Utusan.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita hangat serta sensasi hanya di https://mysmedia.my/