
Hadiah sebidang tanah dan sebuah rumah yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tung Razak yang bernilai RM100 Juta di kaji semula.
Pembangkang parlimen baru-baru ini mengkaji semula semua jenis persefahaman dengan kerajaan Malaysia selepas kabinet bersepakat untuk menghadiahkan Datuk Seri Najib.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bahawa pembangkang terkejut.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengesahkan perkara tersebut yang berkaitan hadiah Datuk Seri Najib.
Tambah Datuk Seri Anwar, perkara tersebut tidak pernah dibincang dahulu kepada mereka ataupun tidak membuat sebarang mesyuarat dengan pihak kerajaan.
“Tindakan kabinet untuk ‘menghadiahkan’ tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata keputusan yang paling tidak bermoral dan tidak masuk aka”, jelas Datuk Seri Anwar.
Datuk Seri Anwar juga berkata mereka juga terpaksa mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud kerana keputusan yang diberikan secara mengejut.
Pada Khamis, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan berkata ketika perbahasan Bajet 2022, kerajaan menerima permohonan dari Datuk Seri Najib berkaitan hartanah yang bernilai RM 100 juta.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my