
Salam Takziah buat keluarga Kapten Mohamad Affendi.
Anggota Tentera Malaysia merupakan anggota yang banyak berkhidmat kepada negara. Sehubungan dengan itu, kebajikan keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diletakkan menjadi perkara yang utama kepada Kementerian Pertahanan dan akan memastikan keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendy Bustamy diberikan bantuan sewajarnya.
Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz telah mengadakan lawatan kebajikan keluarga Allahyarham Mohamad Affendi, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden kemalangan pesawat Hawk di Pangkalan Udara Butterworth pada Selasa lalu.

Sesi ziarah menziarahi itu telah diadakan di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Redan Perdana, Muadzam Shah, Pahang. Datuk Seri Ikmal Hisham turut bertemu balu Allahyarham, Nurul ‘Izati Shari serta kedua ibu bapa Allahyarham, Bustamy Tuahara dan Siti Razilah Daud bersama-sama menunjukkan rasa simpati diatas insiden yang berlaku.
Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan menyampaikan sumbangan peribadi Menteri Kanan Pertahanan dan beliau sendiri kepada balu serta keluarga Allahyarham.
Ikuti perkembangan berita terkini di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/