
Beberapa hari ini kita sering mendengar tentang Bajet 2022 yang dibentangkan di dewan rakyat dan akhirnya mendapat kelulusan daripada pihak dewan rakyat.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan kelulusan Bajet 2022 ini beliau berharap semoga ia merupakan salah satu titik permulaan buat keluarga Malaysia.
Ismail Sabri berkata, kelulusan itu diharapkan dapat manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia meliputi pelbagai kaum, budaya dan agama dan tiada pihak akan tercicir.
Ismail sabri juga berkata ini merupakan rangka bajet pertama di bawah bimbingan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ismail Sabri juga ada memuatnaik tentang Bajet 2022 di akaun rasminya di facebook dan harapannya tentang bajet 2022 itu.
Beliau mendapat persetujuan oleh lebih ramai suara yang memberikan persetujuan sebelum meluluskan bajet 2022 itu.
Ikuti perkembangan berita terkini di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/