
Nama Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap disebut-sebut semu pihak bertanding walaupun tidak kelihatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sejak mulanya tempoh berkempen.
Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah mengakibatkan suasana kempen yang agak berbeza, menyebabkan Ahli Parlimen Rembau itu terus popular. Negatif atau positif, itu tafsiran masing-masing.
Dalam parti beliau Barisan Nasional (BN), terdapat segelintir pihak yang merasakan tindakan beliau atau KKM mengenakan SOP yang ketat, adalah atas faktor politik.

Bagi masyarakat setempat terutama pengundi Melaka, keselamatan dan kesihatan awam paling penting, bukan hal politik, negeri baru saja memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, serta menyaksikan sektor ekonomi kembali segar.
Namun, Khairy dalam senyap-senyap turun ke PRN Melaka pada Selasa, bagi membantu Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mewakili BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Telok Mas.
Menurut video yang dikongsi oleh Abdul Razak di Facebook rasminya, Khairy bertanya kepada rakannya tentang perjalanan kempen, sama ada ia berjalan lancar atau sebaliknya.
“Letih YB (Khairy)… mencabar. Lebih-lebih lagi dengan SOP yang KKM buat tu,” kata Abdul Razak, disambut deraian ketawa Khairy.
Majlis Keselamatan Negara di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan KKM untuk berbincang dengan SPR bagi melaksanakan SOP yang ketat, bagi mengekang penularan COVID-19, jelas Khairy.
“Sebelum mula pilihan raya, MKN bawah Perdana Menteri telah arahkan KKM berbincang dengan SPR, buat SOP paling ketat. Jadi SOP agak ketat, tapi Datuk dah berjaya jumpa ramai pengundi, jadi tak ada masalah di situ.”
“Pada hari mengundi (ia) akan lebih tersusun. Kita pastikan yang bergejala tak masuk, atau yang positif tak boleh masuk. Ada SOP, tetapi SOP ini lebih kepada menjaga kesihatan awam. Tak halang pengundi,” jelas Khairy lagi.
Abdul Razak yang mesra dikenali sebagai Tok Ajak, akan mencuba memenangi kerusi Telok Mas untuk kali kedua di PRN kali ini.
Abdul Razak tewas kepada calon Pakatan Harapan Fendi Ahmad yang bertanding di bawah logo PKR, dengan majoriti 1,288 undi dalam saingan tiga penjuru pada pilihan raya lepas.
Kali ini beliau menghadapi saingan empat penjuru, dicabar Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Rafiq Naizamohideen di bawah bendera Perikatan Nasional, Datuk Ashraf Minghat (Pakatan Harapan) dan Ariff Adly (Bebas).
Abdul Razak melancarkan manifestonya sendiri pada 14 Nov lepas, dikenali sebagai Sepuluh Janji Razak, menawarkan 100 kilogram beras untuk pengundi yang mendirikan rumah buat kali pertama.
Selain itu, menjadikan Telok Mas sebagai medan ikan bakar, bantuan pendidikan, wifi, dan aktiviti balai raya.
Namun, Khairy sempat bertanya kepada Abdil Razak, sekiranya keputusan DUN hanya perbezaan majoriti satu kerusi, dan ada pihak tertentu menawarkan jawatan Ketua Menteri kepadanya dengan syarat, perlu lompat parti.
Abdul Razaz berkata: “YB… Janji Razak yang pertama – kesetiaan kepada parti. Tak mungkin saya terima tawaran itu kerana kesetiaan kepada parti lebih penting.”
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/