
Pakatan Harapan (PH) terus komited untuk memperjuangkan penggubalan undang-undang yang melarang wakil rakyat melompat parti, apatah lagi jika diberi mandat untuk mentadbir Melaka.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, calon PH N.13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, menegaskan mereka dapat menyelaraskan gerak kerja di peringkat negeri susuhan usaha yang dibina di peringkat pusat.
Manifesto PN yang ditawarkan kepada rakyat Melaka untuk dinilai ketika membuang kertas undi pada 20 November tertulis dalam Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan.
“Bila kita sebut tentang Melaka yang stabil, bermakna kita hendak memastikan bahawa kegiatan lompat parti itu dapat dihalang.”

“Di peringkat pusat, ada Memorandum Persefahaman (MoU), yang mana tahun depan insya-Allah pihak kerajaan akan masukkan pindaan tentang anti-lompat parti ini.”
Jika PH diberi mandat untuk menjadi kerajaan di Melaka, usaha tersebut dapat dilancarkan, kerana asas yang sudah dibentuk bersama Kerajaan Persekutuan.
“Enakmen ini kalau diluluskan, ia tidak boleh dilaksanakan kalau tak ada pindaan di peringkat persekutuan, kerana ia membabitkan pindaan perlembagaan dan sebagainya.”
“Jadi, ia menunjukkan bahawa, kita membuat persediaan awal. Biar ada kesinambungan. Apabila di peringkat negeri selesai, kita tunggu tahun depan bila ada pindaan yang berkait dengan perkara ini di Parlimen.”
“Apabila itu berlaku di peringkat persekutuan, maka insya-Allah hal-hal yang berkait dengan lompat parti dan sebagainya dapat kita tangani dengan menggunakan jalur hukum atau undang-undang.”
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/