
Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selesai mengangkay sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Istana Negeri di sini, jam 1 pagi ini.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Toh Puan Asmah Abd Rahman, isteri kepada Mohd Ali juga turut hadir, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini Sulaiman, 55, dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sulaiman kini dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka buat kali kedua, selepas pertma kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lepas.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/