
Pilihan Raya Negara (PRN) Melaka pada sabtu lalu menyaksikan kekalahan parti Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kekalahan kedua-dua parti tersebut diibaratkan kifarah atas tindakan sombong Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering mengugut untuk menarik sokongan ke atas kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).
Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohemmed, sikap Tan Sri Muhyiddin yang selalu mengugut telah makan dirinya sendiri.
Jelas Datuk Nur Jazlan, dia berkata supaya Pengerusi PN itu muhasabah diri dan menghentikan perbuatan mengugut untuk menarik sokongan atas BN.
“Muhyiddin kenca cepat insaf. Kekalahan teruk PN dan Bersatu di Melaka seumpama kifarah di atas tindakan sombong beliau yang mengamalkan budaya politik ugutan selama ini.
Tambah Datuk Nur Jazlan, Tan Sri Muhyiddin tidak perlu memberikan tekanan kepada kerajaan demi kepentingan diri sendiri.
Tan Sri Muhyiddin juga sering memberi tekanan dan mengawal kerajaan dibawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan membuat ugutan untuk menarik sokongan.
Datuk Nur Jazlan juga mencadangkan supaya Ahli Parlimen Pagoh itu terus menarik sokongan kepada kerajaan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuat segera.
Tambah Datuk Nur Jazlan, BN siap seida untuk berdepan dengan PN di PRU15 nanti dan ingin membuktikan bahawa PN dan Bersatu sesuai dalam politik negara atau tidak.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my