
Kalah dan menang itu ada pertandingan sesuatu acara.
Perjuangan parti Pas tidak akan terhenti begitu sahaja walaupun kekalahan parti Perikatan Nasional (PN) itu teserlah di dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ini. Datu Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan naib presiden Pas berkata “kalah dan menang sudah menjadi adat dalam setiap pertandingan apatah lagi PN sudah melakukan usaha terbaik di negeri itu”.

Pada hari Sabtu yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah berjaya menang besar selepas berjaya memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan di PRN Melaka.
Lain pula di pihak PN yang melalui gabungan bersama Pas dan Gerakan pula hanya memenangi DUN Sungai Udang dan Bemban berbanding sebelum ini kerusi Teluk Mas dan Paya Rumput.

Ahmad Samsuri yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kepimpinan, jentera dan ahli Pas yang telah menyokong Perikatan Nasional walaupun parti tersebut hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Semoga ALLAH SWT memberkati dan memberi ganjaran pahala berpanjangan atas usaha dan komitmen diberikan. Perjalanan kita (Pas) masih jauh dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Perjuangan masih panjang, teruskan bekerja untuk Malaysia yang lebih baik.” – Dr Ahmad Samsuri di laman Facebook beliau.
Ikuti perkembangan berita terkini dan menarik hanya di https://mysmedia.my/