
Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, beliau mengatakan bahawa pada hari Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, jelas menunjukkan rakyat lebih pentingkan keselamatan dan kesihatan berbanding politik.

Pada Sabtu lepas, didapati tiada sebarang insiden menggugatkan ketenteraman awam yang dikesan oleh pihak polis sejak bermula kempen tetapi hanya kompaun terhadap parti politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada hari ini, Ketua Polis Negeri, mengatakan “Pilihan raya ini adalah yang pertama dan menjadi bukti rakyat Melaka mendahului keselamatan dan kesihatan awam serta undang-undang mengatasi sentimen politik.

“Sebab itu saya boleh katakan rakyat Melaka matang. Apa yang saya hendak tegaskan, penguatkuasaan undang-undang dan penegasan SOP yang dilakukan pasukan polis ini adalah sebahagian proses menyuburkan demokrasi dan bukan menghalang demokrasi.
“Tetapi apa yang penting PRN ini kita telah mencapai matlamat iaitu kita berjaya mengawal semua keselamatan awam terutamanya pada hari pengundian,” – Datuk Abdul Majid Mohd Ali
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my