
Datuk Zaid Ibrahim, Pengerusi DAP Kelantan, menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, veteran DAP Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang yang lain sebagai wira.
Zaid mempersoalkan desakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mahu pemimpin-pemimpin utama PH berundur selepas prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tanpa pemimpin-pemimpin utama PH itu, pemerintahan negara ini akan didominasi oleh satu parti sahaja, jelas beliau.
“Anwar, Kit Siang dan lain-lain adalah wira, beraninya anda meminta mereka untuk berundur. Tanpa mereka kita akan diperintah oleh satu pemerintah selamanya.”
“Pergorbanan mereka adalah di luar kata-kata. Mudah bagi pengkritik untuk merungut tentang kekalahan dalam pilihan raya pilihan raya yang tidak bermakna,” katanya menerusi akaun Twitternya.
Namun ada dalam kalangan netizen yang mengkritik pemimpin-pemimpin utama PH, setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) menang besar di PRN Melaka dengan mendapat 21 kerusi.
Ramai yang menyalahkan Anwar atas sebab kekalahan pembangkang di Melaka kali ini, mereka mahu kepimpinan PH diserahkan kepada generasi muda.
Ada yang menganggap keputusan beberapa pemimpin PH mengambil bekas pemimpin BN yang berpaling tadah antara punca kekalahan gabungan tersebut.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/