
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun berkata, satu kluster baru Covid-19 muncul dalam kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sabah dan seramai 93 orang yang disahkan positif.
Kluster Lautan Pantai Biru itu merupakan kluster industri pertahanan yang melibatkan jangkitan di Kota Kinabalu , Sandakan dan Tawau dengan kes indeks daripada seorang kru lelaki yang berlepas dari pangkalan TLDM Lumut Perak, pada 27 oktober lepas.

Beliau juga berkata ketika mereka melakukan saringan di Covid-19 sebelum bertolak ke Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, kes indeks serta semua kru disitu ialah Negatif.
Pada 1 November, kapal tersebut tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan selepas menjalani operasi selama seminggu, kapal tersebut berlayar ke Sandakan dan Tawau kemudian kembali semula ke Pangakalan TLDM Kota Kinabalu pada 18 Nov.
Kes indeks dikesan positif Covid-19 menerusi saringan di Sandakan dan satu lagi kes dikesan di Tawau melalui saringan kendiri dan telah menjalani kuarantin di daerah masing-masing.
Masidi berkata 3 lagi kes positif dikesan setelah kapal tersebut berlabuh di Pangkal TLDM Kota Kinabalu dan saringan bergejala telah dijalankan kepada 134 kru kapal tersebut dan seramai 93 orang di dapati positif.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita sensasi di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my