
Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini ditawarkan untuk menjadi sebahagian usaha sama dengan Richiamo Coffee Sdn Bhd.
Usaha sama antara kedua-dua pihak itu untuk melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) untuk memperkasakan golongan orang kelainan upaya (OKU) di UiTM.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah, inisiatif CSR atau Projek Keusahawan Sosial dibuat selepas pembukaan tiga kafe tersebut di kampus UiTM.
Jelasnya, pihak UiTM dengan pihak industri tersebut akan ada pertukaran MoU iaitu tanggungjawab, komitmen dan kepedulian terhadap golongan OKU.
“Projek ini merupakan yang pertama seumpamanya di institusi pengajian tinggi di negara ini untuk golongan OKU di mana kami membuka tiga cawangan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO) sebagai rakan strategik rasmi.
Tiga cawangan kafe tersebut yang dibuka di Kampus UiTM iaitu Attijarah UiTM Puncak Alam yang dibuka pada 1 Oktober 2021, Lobi Pejabat Rektor UiTM Puncak Alam akan dibuka pada Disember 2021 dan di Canseleri Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam yang kan dibuka pada Disember 2021.
Dalam pada yang sama, pembukaan kafe Richiamo Coffee menyediakan 40 peratus pekerja sepenuh masa atau separuh masa OKU dan golongan B40.
Ikuti perkembangan terkni dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my