
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 18 Disember.

Datuk Abdul Ghani pada hari ini mengumumkan tarikh-tarikh penting berkenaan PRN Sarawak di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak.
Menurut Datuk Abdul Ghani Salleh, hari penamaan calon adalah pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember.

Beliau juga mengatakan bahawa tempoh berkempen adalah selama 12 hari bermula sebaik pengisytiharan calon-calon yang akan bertanding pada 6 Disember itu berakhir, iaitu pada hari Isnin sehingga jam 11.59 malam 17 Disember.
“Suruhanjaya PRN menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung pembubaran DUN Sarawak yang ke-11 pada 5 Nov.
“SPR mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan menetapkan satu PRN Sarawak perlu diadakan bagi mengisi kekosongan 82 kerusi DUN berkenaan,” – Datuk Abdul Ghani Salleh
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my