
Tindakan memberikan hukuman kepada guru yang berleter dinafikan oleh KPM.
Datuk Mohd Radzi Md Jidin yang merupakan Menteri Kanan Pendidikan memberikan penjelasan dan menafikan bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berkaitan hukuman oleh guru terhadap murid. Beliau yang berkongsi berita tersebut di laman sosialnya(Facebook), beliau turut menafikan jadual yang tular di media sosial berkait bentuk-bentuk hukuman yang dilarang itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Ada sebuah portal yang meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan sebegini.” KPM belum pernah lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi yang membabitkan isu hukuman kepada pelajar dan juga guru baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar orang ramai untuk menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Menerusi satu kenyataan penafian yang dikeluarkan semalam, KPM telah memaklumkan terdapat enam tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh KPM. Ianya merupakan :
i. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959;
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran;
iii. SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah;
iv. SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin;v. SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid;
vi. SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.
“Dengan ini, KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan Garis Panduan dan SPI yang termaktub di dalam perundangan di atas,” – Datuk Mohd Radzi Md Jidin.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita panas di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my/