
Kadar vaksinasi remaja semakin meningkat sehingga ke hari ini dan ia membuktikan ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga supaya anak mereka tidak dijangkiti virus.
Sebanyak 2 juta lebih kadar vaksinasi remaja dan kira-kira mencecah 82 peratus daripada populasi di negera Malaysia telah divaksin.
Melalui laman rasmi Kementerian Kesihatan COVIDNOW, sebanyak 87 peratus bagi golongan remaja yang telah divaksin sekurang-kurangnya dos pertama vaksin.

Bagi populasi remaja pula, individu yang sudah lengkap vaksin mencecah 95.8 peratus manakala 98 peratus individu yang menerima sekurang-kurangnya vaksin dos pertama.
Kadar pemberian vaksin semalam juga meningkat iaitu melibatkan 10 ribu lebih suntikan dos lengkap dan 5 ribu lebih suntikan dos pertama.
Jumlah bagi dos penggalak pula kini mencecah 100 ribu dan semoga ramai lagi individu mengambil dos penggalak ini.
Oleh itu, jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 (PICK) kini terus meningkat kepada 52,232,576.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita sensasi di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my