
Apa perbezaan sekolah perpaduan dan juga sekolah kebangsaan?
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali dengan persoalannya mengenai cadangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin yang meminta kerajaan membina sekolah perpaduan.

Syed Saddiq berhujah dalam Twitter mengenai cadangan Bung Moktar Radin, “jika soal memupuk perpaduan, hal itu boleh dilaksanakan di sekolah kebangsaan.”
“Apa beza sekolah kebangsaan biasa dengan sekolah perpaduan? Kalau isunya pada perpaduan, kenapa sekolah pula kena bina? Jangan gah saja pada nama. Buat lawak lucah di sekolah, tiada tindakan keras! Bina MARA Digital Mall, akhirnya lingkup! Keluarga Malaysia? Jangan cerita,! – Syed Saddiq.
Baru-baru ini, Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat mencadangkan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah perpaduan yang mempunyai pelbagai aliran diwujudkan bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama.

Menurut beliau sekolah perpaduan mempunyai aliran kebangsaan, Cina, Tamil dan lain-lain, mereka akan berada di dalam satu kawasan sekali gus berkongsi hidup dengan aman damai tanpa lupa asal usul.
“Boleh ada ajaran kelas (aliran) sekolah-sekolah begini, tetapi carilah sekolah perpaduan, wujudkan sekurang-kurangnya mereka duduk dalam satu bumbung, berkongsi dewan, berkongsi kantin dan berkongsi padang barulah ada cetusan perpaduan,” -Bung Moktar.
Ikuti perkembangan terkini dengan isu-isu semasa di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/