
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo masing-masing di PRN Sarawak tiada kaitan dengan PRN Melaka lalu.
Keputusan PH untuk menggunakan logo masing-masing itu bukan disebabkan kekalahan teruk semasa PRN Melaka lalu.
Beliau berkata, penggunaan logo masing-masing itu berdasarkan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan negeri itu dalam menentukan pengunaan logo di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertanding.
“Kami berikan kuasa autonomi kepada kepimpinan parti di Sarawak untuk membuat keputusan, umum mengetahui mereka ada autonomi dari segi dasar dan keputusan politik.
Tambah beliau, penggunaan logo masing-masing juga dibuat di Semenanjung dalam pilihan raya lalu.
PRN Sarawak kali ini, setiap parti PH Sarawak akan menggunakan logo masing-masing di setiap DUN yang bertanding nanti.
Tarikh hari membuang undi PRN Sarawak telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Disember nanti dan 6 Disember tarikh untuk penamaan calon.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik denganbn melayari portal mysmedia.my