
Selepas Melaka kini giliran Sarawak pula mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-12.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 akan diumumkan pada hujung bulan ini.
Beliau berkata, satu mesyuarat telah diadakan bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang berlangsung semalam.
Mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan tentang pelaksanaan SOP semasa PRN Sarawak berlangsung nanti.
Timbalan Menteri Kesihatan. Datuk Aaron Ago Dagang telah diberi tugas untuk menyelaraskan perkara yang berkenaan dengan SOP itu dengan kerajaan Sarawak.
Tambah Khairy, ada beberapa yang perlu diteliti dahulu dan perlu dimuktamadkan sehingga 30 November ini sebelum diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR telah menetapkan pada 18 Disember ini sebagai tarikh hari membuang undi bagi PRN Sarawak ke-12, 14 Disember ditetapkan sebagai hari pengundian awal dan 6 Disember hari penamaan calon.
Ikuti perkembangan terkni dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my