
Sama cantik sama padan bagi kedua pasangan.
Penyanyi rap terkenal Yonnyboii mengesahkan bahawa dirinya itu telah selamat menikahi dengan wanita pilihannya Nik Nazira Narriman di Duchess Place, Ampang pada 20 November lalu.
Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23 bertindak sedemikian kerana ia merupakan permintaan keluarga, majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan pada awal tahun hadapan telah dipercepatkan kerana khuatir sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.
“Sebenarnya saya telah bernikah pada 20 November lalu iaitu sehari selepas Haqiem Rusli berkahwin dan majlis tersebut disegerakan kerana keluarga meminta kami mempercepatkan majlis.” – Yonnyboi

Dirinya itu menolak dakwaan dia sengaja merahsiakan cerita hari bahagianya, Yonnyboi menegaskan perkara tersebut dilakukan atas sebab ingin menjaga hati banyak pihak selain menghadkan jumlah tetamu yang hadir.
“Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga dan jumlah tetamu juga terpaksa dihadkan, maka disebabkan itu, kami memilih untuk tidak terlalu berkongsi kepada umum. – Yonnyboi.
Malam tadi, pasangan tersebut mencuri perhatian ramai selepas kedua-duanya memuat naik foto majlis pernikahan mereka dalam Instagram.
“Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri,” tulisnya dalam posting Instagram miliknya.
ikuti berita-berita terkini dan menarik di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/